Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
~KEMASKINI 2015~

TERKINI

EMAS vs RM vs USD – TURUN DAN NAIK


Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Sudahkah anda memiliki emas?? sudah!! Alhamdulillah.. Belum?? Kenapa??  Harga tengah murah gile nak shopping ni. Oooo… Sebab Harga emas sekarang jatuh so takut tidak selamat dengan pelaburan emas. (Sila baca artikel saya yang lepas kenapa kita perlu memiliki emas walaupun harga NAIK ataupun TURUN). Bagi saya xkira turun @ naik yg penting kena ada ilmu kenapa perlu memiliki emas. Nak tahu kenapa kene pegi belajar lah..

       Sepertimana yang kita sedia maklum bahawa kekuatan dan kelemahan US Dollar memberi kesan langsung kepada harga emas DUNIA. Kerana semua transaksi perdagangan adalah bersandarkan US Dollar.US Dollar NAIK = Harga Emas TURUN
US Dollar TURUN = Harga Emas NAIK
Harga emas dunia dikira di dalam US Dollar. Jadi pergerakan harga emas di dalam RM boleh dipengaruhi oleh 2 faktor iaitu:
1. Harga emas di dalam USD
2. Kadar pertukaran di antara USD kepada Ringgit Malaysia.
Perkara ini dapat kita lihat pada tahun 2010, iaitu berlaku kenaikan RM berbanding USD bermula dari 1USD = RM3.80, hinggalah pada akhir bulan Ogos 2011, USD = RM 3.05. Situasi ini telah menyebabkan kenaikan harga emas dalam RM pada tahun 2010 adalah rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Di dalam tahun 2010 harga emas semakin meningkat di dalam USD. Namun sepanjang tahun 2010, USD adalah semakin lemah berbanding Ringgit Malaysia. Inilah penyebab kenapa harga emas naik tak begitu banyak di dalam RM. Adakah situasi ini boleh dikatakan sebagai RM sekarang sedang mengukuh????
Bagaimana dapat kita pastikan perkara ini?
Satu cara yang paling mudah untuk mengetahui kedudukan RM ialah dengan membandingkan nilai tukaran RM terhadap nilai matawang jiran kita SGD (Singapore Dollar). Ternyata sebenarnya, RM tidaklah mengukuh dengan banyak tetapi USD yang telah tersungkur. Jadi, berhati-hati dalam menilai sesuatu perkara, RM mungkin mengukuh secara relatif kepada USD tetapi bagaimana pula dengan SGD.
Pada akhir bulan September 2011 ini harga emas jatuh dengan teruknya so ramai pelabur dah mula panik dengan harga emas yang mereka beli sebelum ini mahal. Dah tentu yang kata,“RUGINYA AKU!!!!!!”… “NYESALNYE AKU!!!!… “BAIK LABUR DALAM ASB!!!!… Senang je nak jawab.. Orang yang xde ilmu memang akan ckp macamtu sebab dieorang tak membaca untuk cari ilmu & taknak cari punca kenapa perkara ini berlaku..Relax la bang, belum cukup setahun bang.. InsyaAllah emas akan mengekalkan trend ROI 30%-45%.. tak caya?? tgk ni, graf dan analysis tak pernah tipu.. http://www.goldprice.org
Nak tau kenapa?? Baiklah dengar & fikir2kan…Baru2 ini, Kerajaan US Pimpinan ‘Barrack Obama’ telah menyuntik USD477billion utk mengukuhkan ekonomi US dan menjanjikan pekerjaan kepada penganggur2nya. Sebenarnye US nak berhutang lagi. So, berlakulah cetakan wang kertas (FIAT MONEY) dgn banyaknya. Xbagus ke wang kertas banyak?? Bab wang kertas pun saya dah cerita pada artikel yang lepas, so rajin2 le jenguk2 ye.. Wang kertas sekarang tidak bersandarkan apa2 hanya sekeping kertas yang diperakui nilainya oleh pemerintah. Tak seperti wang kertas dulu yang bersandarkan emas & perak.
Bile wang US dah banyak, kuasa membeli mereka pun bertambah so tu yang RM jatuh dan EMAS juga jatuh kerana kertas US Dollar banyak. Secara tak langsung harga barang pun akan naik dan seterusnya wang US Dollar kembali susut kerana berlakunya Inflasi. Mase ni, nilai EMAS akan naik dengan cepat ke paras yang tinggi sehinggalah………………..  tunggu jela, insyaAllah (seperti yg dijanjikan oleh Allah & RasulNya).. Pakar ekonomi dunia meramalkan akan berlaku sesuatu pada tahun 2012 yang boleh mengancam kestabilan ekonomi dunia khususnya US. US akan down disebabkan hutang mereka yg bertrillion-trillion + USD477billion tadi..
Mereka juga meramalkan akan muncul satu kuasa matawang baru iaitu ‘YUAN CHINA’ kerana matawang ‘YUAN’ ini bersandarkan dengan EMAS. (Berita Utusan, BHarian bulan September 2011) So, sedar tak sedar betullah ape yg dikatakan oleh Rasulullah“TUNTUTLAH ILMU HINGGA KE NEGERI CHINA”.. Sesungguhnya kata-kata Rasulullah ini sangat2 benar. Pernah kita terpikir kenapa Rasulullah pilih CHINA dan tidak ARAB atau US. Seperti gak sabda Rasullulah tentang perlunya kita menyimpan EMAS dan PERAK. So, taknak ke follow Rasulullah SAW dan beruntunglah orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.
Pernah tengok filem “2012″.. Cerita Hollywood yang meramalkan tahun 2012 akan berlakunya kiamat @ bencana yg sangat dahsyat. Sebenarnye mereka dah tahu bahawa bencana besar akan berlaku tapi bukannya kiamat atau musibah alam tetapi bencana ekonomi yang sangat dahsyat. Ini bukan saya yang kate , saya baca dari artikel PAKAR-PAKAR EKONOMI DUNIA. Anda semue pun tahu bacakan. Taip je kat Google..
Sebagaimana kita mengatakan, ‘harga emas tak berubah, cuma nilai matawang yang jatuh’ mungkin itu juga yang berlaku kepada USD, ‘harga RM tak berubah, cuma nilai USD yang jatuh’.
Secara mudahnya, cuba bayangkan seandainya, kadar tukaran USD ke RM kembali ke nilai asal, nilai emas akan meningkat sebanyak 23% secara automatik. Faktor ini jugalah yang menyebabkan saya terus membeli emas, meskipun ramai yang berkata ianya mahal atau terlalu murah. Tambahan lagi, emas tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Manakala, duit kertas senang dimanipulasi, nilainya sentiasa berubah, kejap naik, kejap turun, turun tidak naik2 pun ada, kadang-kadang tiada nilai contoh duit Zimbabwe. Ini terbukti dari zaman dahulu lagi, emas sentiasa diminati, diguna pakai, penentu kekayaan dan lain-lain lagi. Oleh itu, kalau kita ada duit lebih tu, mari kita tukarkan kepada emas.
INFO:
HARGA EMAS TAHUN 2001 – 1 GRAM = SEKITAR RM46
HARGA EMAS TAHUN 2011 – 1 GRAM = SEKITAR RM190
SETELAH 2 KALI GELOMBANG
KEGAWATAN & KEMELESETAN EKONOMI DUNIA BERLAKU
( 1998 & 2008 )
TAPI HARGA EMAS TETAP MELONJAK……….
Akhir kata dari saya:
“SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MASA HADAPAN” 
Read more ...