Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
~KEMASKINI 2015~

TERKINI

RAHSIA DISEBALIK KEDAI EMAS!!

Assalamualaikum, harini alhamdulillah berkesempatan nak tulis blog sekali lagi..so selagi ade idea saya tulis je..kongsi ilmu.. :)
Saya amat berharap sangat anda bertanya soalan..lagi banyak soalan yang anda tanya lagi banyak la blog ini dipenuhi dengan ilmu2 untuk anda pelajari dan sampai2kan.. :)semuanya PERCUMA..hehe
Kepada anda yang dah mula menyimpan emas tu syabas saya ucapkan, sebab anda sebenarnya telah memulakan langkah bijak dalam melindungi kekayaan anda.
Tokei emas tak miskin
Percaya atau tidak dan sama ada anda sedar atau tidak..sebenarnya tokei emas kebanyakkan daripada mereka kalau kita tengok tak pernah kena tutup kedai..kalau tutup kedai tu pon mungkin nak sambut raya ke..tak pon sebab cuti umum..tutup kedai yang saya maksudkan adalah gulung tikar..!!

“Awak, saya nak tanye, kenapa tokei emas walaupon kedai emas dia xde orang, tapi kedai emas diorg x penah gulung tikar??”

Ok kalau kita tengok contoh soalan diatas ni, betul jugak ek..kadang2 kita lalu depan kedai emas..nampak macam takde orang je..kosong..nampak pekerja je..kadang2 mungkin nampak diri kita jugak..sebab ade cermin..hahha..saya kadang2 lalu kat kedai emas terkejut..sebab nampak muka sendiri dalam kedai emas tu..rupa2 cermin daa…
Tu salah satu teknik diorg nak bagi nampak macam ramai dan besar kedai emas tu..selain juga merupakan ciri2 keselamatan. Sebab bila dah ada cermin secara tak langsung boleh la nampak orang yang datang.
Tapi macam mana mereka ni boleh kaya?? Tak tutup kedai??Tengok tu..bukan ade orang pon? Haa..Tokei emas ni bijak, keuntungan datang walaupun takde orang beli emas diorg..macam mana tu??

Tips 1 : Kedai tak laku, tapi tak gulung tikar 

Ok, jom kita tengok, graf emas kat atas ni, ni untuk jangka masa 10tahun..nampak kan trend emas tu?? Harga emas naik turun tapi sentiasa dalam trend menaik secara keseluruhannya.
Jadi, kenapa nak tutup kedai?? nilai emas yang ada dalam kedai tu sentiasa meningkat..jadi, orang datang beli emas ke..orang tak datang beli ke..emas tu tetap naik harga..
Tak paham lagi ye? ok ok..saya cuba bagi contoh.
Katakan Pak Ali buka kedai emas dengan nilai emas dalam kedainya RM500,000.00
Kita katakan kedai emas pak ali ni tak laku langsung..takda orang teringin nak beli.
lepas 10 tahun Pak Ali fed up, nak tutup kedai..time dia nak tutup kedai..dia nak jual semua emas-emas dalam kedai dia. Sebab tak laku2 pon jual emas..ahaha..kesian pak ali.
Tapi bila dia nak jual emas 10 tahun berikutnya, kalau kita tengok graf tadi, harga emas dah naik lebih 4 kali ganda.
simple calculation, RM500k x 4 = RM2 juta!! Wow..
Jadi, dengan modal permulaan cuma 500k pada 10 tahun lepas, kini emas miliknya telah meningkat jadi 2juta!! tengok!! laku ke x laku ke..emas tetap naik harga..last last pak ali x jadi nak tutup kedai emas dia..
hehe..tu macam kisah dongeng sket la..tapi contoh ni sekadar nak bagi anda paham tentang trend kenaikan emas.
Jadi, kalau Pak ali nak ambil untung balik, dia boleh la jual semua keuntungan tadi sebanyak RM1.5 juta
Kalau kita tengok kat sini, BILANGAN emas milik pak ali mungkin berkurang..tetapi NILAI emas pak ali yang tetap sama 500k sebab dia dah jual emas2 tadi dan ambik keuntungan RM1.5juta
contoh maksud ayat kat atas ni:
  • katakan pak ali ada 2000 ketul emas = modal permulaan RM500k
  • lepas 10 tahun (tak jual2 emas tu) 2000 ketul emas tadi dah jadi RM2juta
  • Pak ali nak ambil untung, jadi dia jual 1500 ketul emas dari kedai dia yang bernilai RM1.5juta
  • Bilangan emas kat kedai dia tinggal la 500 ketul lagi..jadi 500 ketul ni nilai dia = RM500k
paham kan? walaupun bilangan emas pak ali tinggal 500 ketul..tapi nilai emas bagi 500 ketul tu tetap sama dengan modal permulaan masa pak ali mula2 bukak kedai tu..haaa..harap2 paham la ye.Ok next…

Tips 2: Top up
Kita dah nampak graf emas tadi kan, masa graf emas tu menurun, jangan la panik…hehehe…saya tau..ramai juga call saya, camne ni cik amir..harga emas turun ni..rugi la saya..saya beli ritu mahal sket dari ni..alaa….camne ni..???
Ade diantara mereka yang panik, saya paham..sebab saya pon penah panik macam ni juga..tapi bila fikir long term..harga emas sentiasa menaik betul??jadi tak perlu panik..emas bukan lah pelaburan jangka pendek..tapi sebaliknya emas ni pelaburan jangka panjang :)lagi lama disimpan lagi bernilai emas tu..
Tapi kalau baru sebulan 2 simpan, susah la nak cakap emas tu naik ke turun..sebab ni namanya short term..
Ok, pada masa yang sama, tokei emas ni..masa harga  emas tengah murah..diorang akan borong!! B.O.R.O.N.G…untuk tambah stock!
Then bila harga emas naik balik, diorang akan jual emas tu..haa..ini la rahsia tokei emas..macam mana la nak gulung tikar??hehe..
tapi kalau kita, harga emas turun je..kita akan panik dan jual emas tu..betul?? dah la harga emas turun..bila kita jual..maka lagi murah la emas yang kita jual tu…jadi tokei2 emas hanya mampu tersenyum menerima jualan dari anda..hehehe
Jadi, kalau nak jual emas tu balik..boleh la jual kat saya…saya TERIMA ok..hehe :)

Tips 3: Sell higher
Kadang-kadang kalau berlaku situasi macam kat atas tadi, kita tak berani nak beli emas dah kan??takut harga emas jatuh dan terus jatuh..
jadi, apa yang anda perlu buat..ialah simpan saja emas dalam simpanan tu..kepada tokei2 emas ni pulak, apa yang diorg buat…masa harga emas tengah mahal..mereka juga akan TOP UP stock tapi masa harga emas mahal..mereka cuma tambah stok sikit2 saja..
kalau lepas diorg beli emas ni (masa tengah mahal) mereka akan jual masa harga emas lebih mahal..atau pandai2 la diorang adjust kat upah tukang..ha..bijak tak??
Jadi, kok mana pon meniaga emas tetap untung..cuma kena pandai manage saja :)
Rasanya cukup la 3 tips ni dulu..lain kali kita bincang lain na..

Assalamualaikum..
 







Read more ...

32 kelebihan melabur dan menyimpan emas


Berikut saya cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya? apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas?  membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada yang membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilaunnya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tp umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan  untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.
Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal tendang terajang kehidupan, emas hanya logam….
Kata orang dewasa yang kenal sepak terajang dunia, kerja,  hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.
Kata nenek saya, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja)
Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.
Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu
jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 32 kelebihan melabur didalam emas adalah
1) Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur
2) Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.
3) Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa
4) Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.
5) Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.
6) Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.
7) Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi
“Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008)
8) Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan di bank pada kadar sewa yang berpatutan.
9) Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga
10) Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.
11) Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.
12) Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik
13) Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram
14) Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.
15) Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.
16) Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.
17) Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.
18) Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.
19) Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.
20) Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.
22) Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.
23) Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.
24) Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup
25) Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.
26) Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..
27) Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya
28) Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.
29) Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.
30) Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.
31) Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.
32) HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi. maka kahwinlah cepat… :)
Read more ...